Land lease extended for another 60 years

Kerajaan telah mempertimbangkan permohonan Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas untuk menyambung tempo pegangan pajakan tanah tapak sekolah itu yang akan
tamat pada 6 September 2021 .

Setelah meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK Convent Bukit Nanas kepada pendidikan negara sejak 1899, Kerajaan telah bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan bag SMK Convent Bukit Nanas yang
terletak di Seksyen 49, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur dilanjutkan untuk tempoh 60 tahun.


Kebenaran in diberikan khusus untuk tujuan pendidikan sahaja.


Ketua Setiausaha Negara bersama Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan juga telah mengadakan pertemuan dengan Sr Theresa Chua Siu Yan, Lady Superior of the Society of Saint Maur yang mewakili Lembaga Pengelola SMK Convent Bukit Nanas dan kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan penyelesaian yang dibincangkan.

Semoga dengan keputusan ini, SMK Convent Bukit Nanas akan terus melakar kejayaan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi.

PEJABAT PERDANA MENTERI
22 April 2021